Monday, September 7, 2009

Kenangan Zaman Persekolahan...

Aku mula mendapat pendidikan seawal usia 6 tahun di Tadika Hwa Min di Melaka. Di sini aku mula belajar A,B,C....1,2,3.... Aku tidak begitu ingat akan peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa tadika. Yang aku ingat,sewaktu belajar di tadika ni aku pandai menyanyi lagu cina(lagu ibu dan lagu Tahun Baru Cina). Makan waktu rehatnya adalah mee kuning(time tu budak tak tahu la halal ke haram,sedap je aku rasa...hahaha). Aku tak ingat la nama kawan-kawan aku kat tadika ni. Masa ni ramai kawan yang berbangsa cina dan india. So,tu je serba-sedikit tentang aku masa tadika.
SRK Tengkera 2....itu nama sekolah rendah aku. Aku belajar dari darjah 1 hingga 6. 1 Hijau, 2 Hijau, 3 Hijau, 4 Hijau, 5 Hijau dan 6 Hijau. Banyak gak kenangan kat sekolah ni. Antara cikgu-cikgu yang aku ingat...mmmmhhh...Cikgu Wahab(garang tapi best-subjek Matematik),Cikgu Chong(kata-kata azimat dia "peluk tubuh"-subjek English), Cikgu Mardiah(garang dan takut kalau dia tanya soalan-subjek Sains), Cikgu Azman(lembut-lembut sikit tapi garang nak mampos-pendidikan seni kot) dan ramai lagi yang aku dah lupa. Member-member yang aku ingat lagi....Daniel(still contact - dgr kata dah jadi Chef dan memiliki restoran sendiri-tahniah dow),Justin Foo Fang Xiang(still contact - mmbr paling rapat,bangsa Cina,blaja kat MMU Melaka),Joshee Singh(lost contact - member banggali yang suka kutuk2 orang lain,but you are the man), Lee Van Raj(lost contact - member yang pelik sikit,tapi ringan tulang), Ahmad Saffwan Bashir(lost contact), Arab(lost contact - tapi dengar kata dah ada perniagaan sendiri,buka kedai roti arab kat MMU Melaka,dengar kata dah pakai Alfa Romeo-tahniah dow), Faiz Zakaria(still contact - skang tolong uruskan syarikat bapak dia,opis dia betul2 depan opis mak aku), Chan Wai Kit(lost contact-budak cina yang selekeh gile masa sekolah dan selalu di buli rakan-rakan,haha,tapi dengar kata dah jadi kaki pukul,ntah kongsi gelap mana kau join), L.M.N Izzat Shah bin L.M.N Aminuddin Shah(lost contact-pelik kan nama dia,L.M.N stand for Long Mohd Nor,seorang member yang rasanya berjaya dalam hidup dia,time sekolah dulu pandai nak mampos,always top 3), Muhammad Aizuddin(lost contact-aku dapat sekelas sampai darjah 3 je sbb dia lulus PTS dan terus lompat darjah 5,kebetulan adik bongsu aku lahir lps aku PTS...terus aku suggest kat mak aku nama Muhammad Aizuddin dan mak aku terus letak nama tu kat adik aku...bangga gile aku rasa sekarang..haha...skang aku rasa dia dah berjaya sbb terlalu genius masa sekolah dulu) dan member2 lain yang aku pun tak ingat n sorry la aku xigt korang lorr...opsss,tak lupa Zaidi(masa darjah 3 dahi kene jahit sebab jatuh longkang masa main kejar2 waktu rehat...itu yang aku ingat kau...hahahhaha...benda ni mmg lawak tapi serammm....). Aku agak skema masa sekolah rendah. Xsuka nak gaduh2 ni(buat sakit badan je). Matapelajaran yang paling aku minat ialah Pendidikan Jasmani. Aku rasa korang pun sama kot. Tapi masa rehat adalah masa yang ditunggu-tunggu sekali...Sebab boleh main kejar-kejar(tapi xda la sampai jatuh longkang macam Zaidi),main galah panjang,main gusti dan macam-macam lagi. Haaa..benda yang paling aku tak kan lupa sampai bila-bila ialah masa darjah 1. Time tu tgh kelas pendidikan jasmani,ada ke patut cikgu suroh potong kertas,member aku kasi potong sikit telinga kanan aku bahagian atas...hahahha...sakit giler dow...menangis aku...xpasal2 dah kene pegi klinik n mak bapak aku pun amik aku kat sekolah...guru besar kasi cuti 2 hari kot(aku dah lupa)....peristiwa yang best yang aku xlupa gak adalah masa dapat minum air milo percuma...perghhh...beratur panjang gile babun semata-mata nak dapatkan air milo percuma...member2 aku siap beratur dua tiga kali nak minum air milo...huhuhuhu...best gile dapat kembali kat zaman ni...
Ok la,stakat nie je yang aku ingat masa tadika n sekolah rendah. harap-harap dapat jumpa kawan-kawan lama...rindu dow kat korang sume...

p/s : kepada yang mengenali diriku ini,contact aku kat no ni....013 - 3024365

Sunday, September 6, 2009

Aku baru di sini...

Blog ini diwujudkan bertujuan untuk aku mengenali dunia luar yang luas terbentang. Aku juga ingin mencari lebih ramai teman2 lama yang sudah terputus "contact" dan aku juga ingin mencari teman-teman baru supaya aku dapat berkongsi idea dengan rakan-rakan ku yang baru ini. Kepada teman-teman lama ku,aku rindukan kamu semua.